SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

31 December 2010

KEMELUT LOKASI TUISYEN REMAJA 2010

SALAM BIBERI dengan RAHMAT ALLAH TAALA...
Sekarang dalam diri pengasas sendiri berasa gusar hati untuk memilih lokasi strategik untuk penubuhan PUSAT TUISYEN REMAJA. Perkara yang menjadi asas utama kriteria lokasi ini adalah keselesaan.

Keselesaan bukan bermakna memiliki kemudahan kerusi-meja yang mahal lagi empuk dan penghawa dingin.Cukup pada ruang yang selesa lengkap dengan kerusi,meja,pengcahayaan dan kipas.Itu sudah memadai.Selain itu,pemilihan lokasi yang senang diakses oleh pelajar sendiri.Soal keselamatan tetap diutamakan.

Kami berusaha untuk mencari lokasi yang bersesuaian. Kami tahu pusat tuisyen ini tidak bermula dengan kesempurnaan!...
(sekadar gambar hiasan yang dipetik dari internet)



Antara tempat yang telah dikenalpasti boleh mendirikan tuisyen ialah :

a)Pilihan utama
Balairaya Duyong Kecil,Kuala Terengganu
b)Pilihan Ke-2
Beranda Masjid Duyong Kecil,Kuala Terengganu
c)pilihan Ke-3
Surau Putih,Duyong Kelab Aya
d)Pilihan Ke-4
Balairaya di Hadapan Klinik Duyong Besar
e)Pilihan Ke-5
Rumah sendiri


(sekadar peranggu)


Sesungguhnya kami akan berusaha ntuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan persekitaran yang kondusif untuk bakal pelajar kami yang kami sayangi.
(sekadar hiasan)


Moga kemelut ini sekadar pemangkin kepada kajayaan anda sekalian!!!
Salam sayang dari kami..!

No comments:

Post a Comment