SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

02 September 2011

BULAN SEPTEMBER

BULAN SEPTEMBER 2011

1)Bulan terakhir bagi pelajar PMR
2)Kenaikan yuran sebanyak 15%
3)pertambahan pelajar baru untuk pelajar tahun 2
3)semestinya banyak perkara baru yang akan berlaku

31 August 2011

SALAM AIDILFITRI

ALHAMDULILLAH SYUKUR..
Sekali lagi kita dapat mengharungi bulan Ramadhan
Kini Syawal datang lagi meraikan kemenangan dalam pertarungan hawa nafsu.



Dari pihak CIKGU WAN'S HOME TUITION
mengucapkan SELAMAT MERAIKAN LEBARAN...
Marilah kita saling bermaafan supaya kita tenang pada hari mendatang..

Kepada calon UPSR 2011,
Seminggu akan datang anda akan diuji lagi dengan peperiksaan.
Semoga dengan masa dan luang yang ada anda perlu manfaatkan untuk membaca lagi mentelaah.

Akhir kata,
SALAM AIDILFITRI dari pihak CIKGU WAN'S HOME TUITION
"..tempat lahirnya generasi celik lagi terdidik.."

02 August 2011

bulan OGOS-RAMADHAN 1432

Assalamualaikum kepada semua pelajar.

Diam tak diam Ramadhan sudah menemui kita semua.Bulan 1001 Barakah, dan 1001 dugaan dan halangan.
Namun,semua itu ialah rencah kita sebagai manusia lebih-lebih lagi bergelar pelajar.

Coretan bagi sepanjang bulan Julai 2011
1)pertambahan mendadak pelajar tahun 2
2)kemasukan pelajar tingkatan 1&2

Antara peristiwa penting pada bulan ini:
*percubaan PMR yang bermula 31 Julai 2011
*Percubaan SPM yang bermula 8 Ogos 2011
*bulan usaha habis-habisan untuk pelajar UPSR
*sambutan Hari Raya pada hujung bulan.

Perancangan bulan Ogos
1)pemansuhan yuran bulan Ogos untuk para pelajar(kecuali pelajar sekolah rendah)
2)kelas malam bermula jam 9.30 malam dan berakhir 11.00 malam.(kecuali pelajar UPSR yang bermula jam 9.00 malam-10.00 malam)
3)pemansuhan kelas Tahun 4 kecuali pada petang Jumaat sahaja jam 3.00 petang-4.00 petang yang sebelum ini 3 kelas kepada 1 kelas sahaja
4)Jadual berubah 102%.

Sekian dari CIKGU WAN'S HOME TUITION
"tempat lahirnya generasi celik lagi terdidik.."

09 July 2011

OH BULAN JULAI (SYAABAN)

ASSALAMUALAIKUM semua !

SALAM SAYANG dari pihak CIKGU WAN..
BULAN 7 telah tiba,BULAN SYAABAN yang penuh dengan rahsia...
Bagi pihak CIKGU WAN'S HOME TUITION sendiri amat berbangga kerana ramai pelajar telah mendaftar untuk menjadi ahli keluarga cikgu.

Namun,terdapat juga pelajar yang mengundur diri kerana faktor komitmen dan kewangan.

AGENDA bULAN JULAI ini :
1)CIKGU WAN di tempat anda :
Pembukaan 'cawangan ' CIKGU WAN'S HOME TUITION yang pertama di Kampung Duyong Kecil.
Lokasi yang strategik,tepi jalan,kemudahan jalan jaringan jalan dan makanan!
Tetapi kelas tuisyen bukan sehebat ini.(sekadar gambar hiasan)



Temui CIKGU WAN di sana pada jadual yang berikut :
setiap JUMAAT,SABTU,AHAD,SELASA & KHAMIS JAM 8.05-9.05 MALAM
juga SABTU 10.30-12.00 tengah hari.

2)Pengasingan kelas pelajar Tahun 2
SELASA : BIJAK MATEMATIK : 4.00-5.00 PETANG
SABTU : ENGLISH READING : 9.00-10.00 PAGI

Sungguh lucu melayani kaletah anak-nak kecil ini.




3)Kelas MATEMATIK TAMBAHAN (SPM) 2 kali seminggu
AHAD & SELASA
9.15- 10.30 MALAM
Hal ini disebabkan oleh permintaan pelajar yang bersungguh-sungguh untuk mengidami A dalam subjek ini.

4)PMR : SAINS % MATEMATIK SAHAJA
Buat masa ini subjek ENGLISH digugurkan buat seketika oleh sebab kekurangan pelajar yang memberikan 100% komitmen.




SEKIAN,SALAM SAYANG dari CIKGU WAN'S HOME TUITION
MEREKA BOLEH,AKU PUN BOLEH..
MUNGKIN AKU TAK SEHEBAT MEREKA,TAPI AKU BUKANLAH SELEMAH YANG DISANGKA-SANGKA...

20 June 2011

AGENDA BULAN 6

Assalamualaikum semua para pelajar & bakal pelajar !

Bulan Jun,memasuki fasa ke-2 dalam agenda perjuangan CIKGU WAN'S HOME TUITION.Jadi,bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik dan daya intelektual pelajar pelbagai perancangan telah dibuat.

KELAS BIJAK MATEMATIK ABAKUS(TEKNIK SEMPOA)
untuk pelajar 6-9 tahun
1 kali seminggu(RM12.00 sebulan)


Sangat seronok pelajari alat kiraan ini.Tanpa teknologi,hanya guna daya kreativiti maka perkembangan minda para pelajar dapat digunakan sepenuhnya.Boleh tambah,tolak,darab dam bahagi sampai 100000000..!Namun di CIKGU WAN'S HOME TUITION para pelajar akan didedahkan dengan teknik asas sahaja..!

Kemasukan pelajar Tingkatan 4 telah pun bermula!
Antara kelas untuk dibuka ialah :
MATEMATIK,MATEMATIK TAMBAHAN,EKONOMI ASAS,FIZIK,KIMIA & BIOLOGI
Tunggu apa lagi? Jadilah sebahagian pelajar kami !

15 May 2011

SAYANG UNTUK SEMUA GURU !

SALAM dengan rahmat ALLAH kalian pembaca..

16 Mei setiap tahun.
HARI GURU hari yang dinantikan oleh golongan pendidik.
Sebagai hari untuk menghargai mereka.

Pihak CIKGU WAN'S HOME TUITION turut merakamkan ucapan SALAM SAYANG UNTUKMU CIKGU !

"terimo kasihlah cikgu-cikgu..
kerano sudi ajar sayo..
dari darjoh 1 hinggo jadi manusio..
mintok halal segalo ilmu...
hok cikgu beri selamo-mano..
di tapok kaki guru..
ambo tunduk mintok redho..."


Petikan bait-bait dikir barat Diri Ambo 2 dendangan Halim Yazid.

11 May 2011

SELAMAT BERJUANG PARA PELAJAR!

DEMAM peperiksaan Pertengahan Tahun.
Pelbagai reaksi boleh dilakarkan berdasarkan karakter pelajar pada bulan ini.
Ada yang 'over-excited' sebab sudah "well-prepared' kata mereka setelah belajar di tuisyen ini.

Walaubagaimanapun peperiksaan hanya di atas kertas sahaja.
Peperiksaan yang sebenar ialah ketika berada betul-betul berada di hadapan ALLAH di hari perhitungan.

Salam perjuangan dari Cikgu Wan tersayang!

11 April 2011

PERANCANGAN BULAN MEI 2011

SYUKUR..
ALHAMDULILLAH..Nikmat rezeki.Kurniaan Ilahi

Selepas bulan April,bulan Mei mula menampakkan sinar.
Bagi diri pengasas sendiri,memang ghairah dan teruja berjumpa dengan kenalan baru yang mendaftar.Insya'-Allah kita akan menjadi sahabat baik selamanya.Macam kucing dan si burung Tweety ini.
(gambar hiasan)


YURAN BULAN APRIL


Tahun 4 :RM20.00
Tahun 5/6 : RM15.00
Tingkatan 3 : RM30.00
Tingkatan 5 : RM35.00(3 SUBJEK)

Pastikan para pelajar menjelaskan bayaran sebelum 7 MEI 2011


ISTIMEWA : POTONGAN RM5.00 untuk setiap adik-beradik!


PERANCANGAN BULAN 5


1)Kelas Fizik/Kimia/Biologi dan Ekonomi Asas telah dibuka.
(gambar hiasan)
Bagi bulan ini kelas sedemikian dibuka hanya untuk para calon SPM 2011 sahaja.


2)Bulan ini adalah bulan peperiksaan pertengahan tahun setiap tingkatan.Jadi bagi pengasas sendiri waktu ini adalah untuk waktu giat berusaha meningkatkan pencapaian pelajar.Bagaimana persedian para pelajar?



3)Hari Guru 16 Mei 2011.
Teringin sekali bagi pihak pengasas sendiri untuk berjumpa dengan bekas guru untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga.Disusuli dengan sedikit hadiah peringatan.TERIMA KASIH GURU!


4)Penjenamaan semula KELAS TUISYEN REMAJA MITHALI.
Nama baru : CIKGU WAN'S HOME TUITION
Lokasi baru : 3636 KAMPUNG DUYONG BESAR,HUJONG BUGIS,KUALA TERENGGANU.
KEMUDAHAN :
a) akses internet percuma
b) guru kreatif lagi inovatif
c) maksimum pelajar 12 0rang
d) tempat belajar yang kondusif

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN untuk PARA PELAJAR !


wassalam.

04 April 2011

PERANCANGAN BULAN APRIL 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH..
Sudah 2 bulan KELAS TUISYEN REMAJA MITHALI telah berdiri..
Menabur bakti kepada anak-anak pertiwi..
yang memang memerlukan pengisian jati diri dan rohani...

Bagi bulan April ini,kelas Tuisyen akan berwajah baru melalui proses penjenamaan semula.

KELAS BARU
Kelas baru bakal didirikan pada 15 APRIL 2011 ini.
Bermakna kelas TUISYEN REMAJA MITHALI telah mempunyai 2 kelas.
Sekadar gambar hiasan mungkin sekadar 'benchmarking'(penanda aras) pusat tuisyen kami ini.


Pelajar semakin ramai,permintaan semakin meningkat.
Jadi sesi kelas boleh dilakukan serentak.
NANTIKAN juga kemunculan cikgu baru pula!

KELAS MATEMATIK TAMBAHAN
Subjek kegemaran pengasas kelas tuisyen ini.



Kelas ini akan diadakan setiap KHAMIS,selepas ISYAK sehingga 10.15 MALAM.
Para pelajar akan dibimbing oleh pengasas kelas tuisyen ini sendiri.
RAHSIANYA?...Pengasas sendiri telah mewakili sekolah untuk menjadi fasilitator bagi subjek MATEMATIK TAMBAHAN di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH ABDUL MALEK,KTRG. suatu ketika dahulu...


PENAMBAHBAIKKAN KEMUDAHAN SURAU PUTIH,KAMPUNG DUYONG KELAB AYA

Kemudahan siaraya,keceriaan dan tahap kebersihan akan dipertingkat sebagaimana disyariatkan oleh ALLAH TAALA.


SEKIAN,wassalam.

29 March 2011

PENYELARASAN YURAN BULAN MAC 2011

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..

BULAN MAC telah sampai penghujungya...
Mengikut polisi KELAS TUISYEN ini,PARA PELAJAR mestilah melunaskan yuran setiap hujung bulan.
KAMI telah menetapkan para pelajar mestilah melunaskan yuran masing-masing sebelum 7 APRIL 2011. Hal ini disebabkan oleh kemudahan pihak kami untuk menjalankan kerja-kerja penutupan akaun dan pengauditan.

Berikut penyelarasan yuran yang istimewa untuk pelajar bulan MAC ini :

A)TINGKATAN 5 : RM35 SAHAJA
B)TINGKATAN 3 : RM25 SAHAJA
C)TAHUN 5/6 : RM 15 SAHAJA
D)TAHUN 4 : RM 20 SAHAJA

Potongan RM5.00 untuk yuran bagi SETIAP adik-beradik...MENARIK KAN?



Itulah keistimewaan yang kami miliki...!

WASSALAM...

05 March 2011

PERANCANGAN AKTIVITI BULAN MAC 2011

Assalamualaikum para pembaca,

TAMAT FEBRUARI,MAC berkunjung tiba.
Para pelajar semakin ketara...
ALHAMDULILLAH..SYUKUR pada ALLAH TAALA.

Nah tak sabar lagi untuk menikmati bulan MAC ini.
SEBAB...Bulan ini ada cuti sekolah..!


Dah rancang perkara untuk dibuat cuti ini?

KELAS TUISYEN REMAJA MITHALI juga mengambil peluang untuk mengisi waktu kesukaan pelajar ini.KAMI PUN TAHU ITU..!!!

1)Kelas pada waktu malam bermula.

Setakat ini hanya melibatkan pelajar PMR dan SPM sahaja. Hal ini berpaksikan faktor keselamatan.
Perkara yang paling penting :
solat Isyak secara berjemaah sebelum memulakan kelas sesi malam yang meilbatkan semua pelajar!
(gambar hiasan)


2)Sesi "outdoor tuition classes" bermula.
Rata-rata pelajar amat teruja untuk mengikuti setiap petang SELASA ini di tepi SUNGAI KUALA TERENGGANU.wah! LEARN ENGLISH WITH BEST VIEW!
(sekadar gambar hiasan)


3)Bergotong-royong membersihkan kawasan surau.
Diharapkan mereka semakin sayang tempat teduhan ilmu dunia dan ilmu akhirat ini.
(sekadar gambar hiasan)


Lantai perlu disapu,cermin perlu diberus dan lalang mesti ditebas.
Melibatkan semua pelajar..!

INSYA'ALLAH segala komitmen pelajar yang diberikan menyemarakkan institusi KELAS TUISYEN REMAJA MITHALI 2011...

PELAJAR PMR dicari...
Tiada pertambahan pelajar bagi tingkatan 3.AGAKNYA mereka masih tidak mengenali kami?..JOM jadilah sebahagian keluarga kami..!!!

SEKIAN WASSALAM....

20 February 2011

PELAJAR BULAN FEBRUARI-BAKAL PELAJAR CEMERLANG PULAU DUYONG..!!!


KEJAYAAN YANG BESAR AKAN DIMULAI DENGAN LANGKAH YANG PERTAMA

Pihak tuisyen menghargai kecenderungan para pelajar untuk memilih KELAS TUISYEN REMAJA MITHALI untuk mencorekkan kejayaan para pelajar.
Pihak kami percaya tindakan anda memang tepat untuk memilih Kelas tuisyen ini

Kami berusaha untuk membolehkan mereka merasai detik-detik manis seperti ini :
PELAJAR CEMERLANG UPSR


Wah..hari pertama saya lihat mata mereka ada sinar harapan untuk kejayaan.Tugas kami,memberi mereka laluan untuk mengecapi kejayaan seperti ini :


Terdapat wajah kepuasan pada wajah-wajah cemerlang ini.


Pihak kami akan berusaha untuk kejayaan sebagaimana yang telah dikecapi oleh pelajar cemerlang seperti ini :

kekurangan bukan halangan..!!!


Nikmat kejayaan tersebut lagi bermakna sekiranya dikongsi bersama orang tersayang.


Aduhai...
Pihak kami masih tertunggu-tunggu kelibat pelajar-pelajar lelaki yang masih malu-malu untuk menghadiri sesi kelas tuisyen.


(sumber http://zuridanmdaud.blogspot.com)

Atau takut untuk menjadi IMAM dalam menggepalai solat di tempat tuisyen ini.
Kami yakin mereka sedang mengintai-intai untuk menjejaki kami..!
Tunggu apa lagi wahai pelajar lelaki???
SIFAT MALU IALAH MUSUH YANG MENJADI PENGHALANG KEJAYAAN!!!

06 February 2011

AYUH BANGKITLAH wahai kawan..!

Kita memang ditakdirkan untuk berjaya !
Berjaya di dunia seterusnya cemerlang di akhirat !
(sekadar gambar hiasan)


Terpulang kepada anda semua para pelajar.
Adakah sejumlah A yang dicari?
atau KEJAYAAN yang hakiki..?

Bagaimana untuk mengecapi kejayaan tersebut?
Semestinya di TUISYEN REMAJA MITHALI 2011 !

JOM HAYATI LAGU NI..



Kawan-kawan tahu tak siapakah nama Nabi yang dikurniakan Allah yang boleh berbicara dengan haiwan?
Siapakah Nabi yang tersenyum apabila mendengar celoteh haiwan-haiwan ini?
Selain itu,apakah binatang yang paling sibuk di dunia?Binatang yang masih lagi bekerja walaupun kita masih tidur.
Nabi tersebut ialah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman yang berkeistimewaan boleh berbicara dengan banyak haiwan.Antara haiwan yang sering disebut dalam Al-Quran iaitu burung Hud-Hud.
Tetapi di sini,saya akan menceritakan tentang kerajinan seekor semut.Semut yang rajin mencari rezeki dan bergantung harap sepenihnya terhadap kurniaan Allah semata-mata.
Pada zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut mencari makanan di atas batu.Mereka mencari makanan beramai-ramai tanpa berasa letih.Apabila mereka menjumpai makanan yang berat,mereka memanggil sekumpulan semut yang lain untuk mengangkatnya ke sarang mereka.
Lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan.Baginda memikirkan cara semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Tanpa air dan sumber makanan.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
“Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan ini cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".



Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan dalam setahun? Apakah yang engkau gemar makan?”
Jawab si semut;
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum setahun".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan;
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum setahun tak payah kamu merata-rata mencari makanan di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, baginda angkat semua semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas.
Kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.
Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu tahun.

Apabila cukup setahun, Nabi Allah Sulaiman lihat gandum yang diletakkan di dalam bekas tersebut.
Kawan-kawan tahu banyak manakah semut itu makan?
Gandum itu hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.
Lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Tahun lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum setahun, ini sudah setahun tapi kamu makan setengah".

Jawab semut:
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,”

Tambah si semut itu lagi;
“Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Allah tidak akan melupakanku.
Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin adakah engkau datang lagi pada tahun berikutnya.
Oleh itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai persiapan bekal pada tahun berikutnya.”
Oleh itu,marilah kawan-kawan kita berusaha sedaya upaya tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain.Berpeganglah pada prinsip “sediakan payung sebelum hujan”.Harapan kita hanyalah satu;bergantung-harap kepada pemilik segala rezeki iaitu ALLAH TAALA.


Bagaimana? Masih tidur ?
Atau masih tercari-cari tapak tempat untuk bermula ?
Nah ! mulalah di sini..!

24 January 2011

TESTIMONI PARA PELAJAR


ASSALAMUALAIKUM...
Pihak pentadbir tengah berusaha untuk membuat proposal tentang kewujudan Pusat Tuisyen ini untuk dihantar kepada Sektor Pendidikan Swasta,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.Ini bagi memastikan pergerakkan dan perjalanan proses pembelajaran para pelajar tidak tergendala.Oleh itu,kami mengharapkan doa dan sokongan anda semua untuk tujuan itu.

Sesungguhnya jalan untuk para pelajar untuk mencipta kecemerlangan akan terus bersinar.Sudah semestinya cita-cita anda semua akan tercapai..!!!


Selagi diizinkan ALLAH..

Berikut ialah testimoni para pelajar CIKGU WAN'S HOME TUITION yang diolah melalui perbualan lisan,komen di laman sosial dan pelbagai sumber yang dipercayai.

Pelajar tahun 2
Che Wan Zharif Irfan(gambar)


"...pembelajaran di CIKGU WAN'S HOME TUITION sungguh selesa.Dengan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk pergi belajar.Akhirnya saya mendapat A subjek Sains baru-baru ini.Saya amat aktif bersukan,oleh itu saya akan tumpu sepenuhnya ketika belajar di tuisyen ini..."

Pelajar tahun 4
Nur Basyirah bt Abu Bakar(dua dari kiri)



"..peperiksaan pertengahan tahun baru ini saya mendapat B dalam Matematik dan A dalam subjek Sains.Saya begitu terkejut kerana sebelum ini saya asyik gagal dalam Matematik.."

21 January 2011

SEMANGAT 60 minit tanpa batasan...!!!

SALAM diberi kepada semua pelajar/bakal pelajar yang disayangi selalu...
Semoga berada dalam lindungan ALLAH Taala senantiasa...

Belajar bersendirian dengan belajar berkumpulan,masing-masing mempunyai impak yang tersendiri.

Belajar secara bersendirian amat bersesuaian bagi pelajar yang berkehendakkan nilai pembelajaran yang tinggi lagi privasi. Risiko untuk bosan amat tinggi sekali..!
(sekadar gambar hiasan)


belajar bersendirian secara terus menerus tanpa bimbingan berkemungkinan anda tidak dapat menjaga kualiti pembelajaran anda..Motivasi anda untuk belajar kadangkala luntur sebab faktor persekitaran(bunyi radio,mengantuk,telefon,bunyi ayam berketuk..!)
Walaupun sebilangan pelajar cemerlang lebih suka menyendiri,tetapi bagi pelajar pencapaian sederhana yang menginginkan kecemerlangan ...
Adakah anda tidak ingin untuk ubah stail studi anda?


HANYA 60 minit SAHAJA


Hanya tempoh itu pelajar akan belajar di PROGRAM TUISYEN REMAJA MITHALI 2011 ini nanti...
1 jam : 60 minit tak terasa..!!!
60 minit penuh keberkatan mendapat pahala...
60 minit kehadiran dengan penuh rasa teruja..
60 minit diisi dengan motivasi membara..
60 minit latihan secara berkala..!!!

(belajar berkumpulan)


Pelajar akan dibimbing secara individu oleh tutor berkebolehan untuk memastikan ANDA SEMUA CEMERLANG setelah mengikuti program TUISYEN ini.
Apatah lagi dengan tempat tuisyen ini dijalankan sepenuhnya di dalam RUMAH ALLAH,pelajar dipupuk untuk berakhlak mulia dan sentiasa mengingati hakikat berTuhan..
Bukankah orang yang paling cerdik di dunia adalah orang yang sentiasa mengingati hari kematian..?


Tunggu apa lagi...!!!
Daftarlah sekarang..
Kelas bermula hari ini..!!!

14 January 2011

Lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION (dulu dikenali sebagai Kelas Tuisyen Remaja Mithali 2011)




ASSALAMUALAIKUM wbrth...
Setelah tinjauan telah dilakukan oleh pihak pengasas sendiri, akhirnya lokasi untuk pusat tuisyen ini telah ditemui.SURAU PUTIH KAMPUNG DUYONG KELAB AYA menjadi pencetus perkembangan pusat tuisyen yang diimpikan ini.
Setelah rundingan telah dibuat,rancangan ini disokong oleh penjaga dan penggiat aktiviti dakwah di surau tersebut.

(Surau Putih,KAMPUNG DUYONG KELAB AYA,KUALA TERENGGANU)
ihsan gambar



Dari pemerhatian bagi pihak pengasas sendiri, setakat ini keadaan fizikal SURAU seperti berikut :

a) Lokasi yang amat strategik-tepi jalanraya,tepi padang bola(pasir)
Soal keselamatan pelajar boleh diminimumkan sebab tempat lalu-lalang penduduk.Satu kelebihan apabila satu poster diletakkan di situ.Semua orang dapat mengetahui tentang 'kewujudan' kelas tuisyen ini.

b) Papan putih yang amat besar
Studi secara maksimun.

c) Kemudahan tandas lelaki dan perempuan
Perlukan masa untuk menguruskannya kembali.

d) Kemudahan meja + kerusi yang unik
Sudah memadai dengan kemudahan meja untuk duduk selesa..Belajar cara santai..!
Sekadar gambaran..!

Jangan bimbang,anda akan diajar untuk duduk belajar dengan selesa dan penuh keterujaan.

e) Kemudahan pengudaraan dan pengcahayaan yang cukup
Sesi pengajaran & pembelajaran yang kondusif.

f)KEBERKATAN yang TIDAK TERHINGGA





Lokasi kami yang terbaru

Bertempat di Bersebelahan Blok C,
PANGSAPURI MAMPU MILIK,PULAU DUYONG,
KUALA TERENGGANU.


Cara ke sini :

Dari Jalan Utama Pulau Duyong(juga ke R-yaz Heritage Resort & Spa)



Papan tanda PANGSAPURI



Pandangan tepi Blok C,PANGSAPURI MAMPU MILIK PULAU DUYONG



Jalan menuju ke CIKGU WAN'S HOME TUITION



SUDUT ILMU(menjadi lokasi kegemaran pelajar)



Sudut Inspirasi



Pemandangan dari tempat belajar CIKGU WAN'S HOME TUITION

BLOK C



KAWASAN PERKAMPUNGAN




02 January 2011

BAJU PUTIH & KASUT PUTIH

SALAM TAHUN BARU!!!
Tahun 2010 telah pun meninggalkan kita dan kita baru saja merasai penjelmaan 2011.

Tahun baru maka sekolah pun baru(kalau beralih dari prasekolah atau tahun 6).

Hari pertama persekolahan memberikan kenangan yang sememangnya tidak boleh dilupakan.Bagi yang bermula dengan tahun 1,sesi peralihan sudah bermula dari alam prasekolah kepada alam sekolah rendah. Tahun untuk pulang jam 12.00 tengahari sudah berlalu dan kini akan menikmati suasana abang-abang darjah 6 pula. Bagi Tingkatan 1 pula, peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Yang jelas jika dulu memakai seluar/kain biru gelap sekarang sudah bertukar gaya pemakaian denagn memakai seluar hijau atau berkain biru pirus. Anda kena ingat tamat sahaja UPSR, dari 5 subjek yang selalu dipelajari suatu masa dahulu kini keseronokkan alam pembelajaran kian bertambah dengan mempelajari 8 atau 9 subjek baru yang lain. Sungguh menyeronokkan untuk pelajari GEOGRAFI,SEJARAH dan KEMAHIRAN HIDUP.

Tingkatan 4? Oh...Percutian PMR anda telah pun berakhir, alam sekolah menengah atas sudah dikecapi. Pencapaian yang cemerlang semasa anda PMR akan memberikan motivasi untuk mencipta kejayaan di tingkatan 4 yang pelbagai aliran.Awas!Kejayaan ini akan terus kekal jika anda bersedia dari sekarang!..Tiada langsung A/Banyak B dan terdapat subjek yang mendapat C..?Usah malu dan rendah diri, banyak peluang lagi yang sedang menunggu anda. Jika tidak meminati lagi bidang-bidang ini(subjek-subjek pembacaan dan penghafalan),teruskan belajar dalam bidang kemahiran yang kini boleh dipelajari di sekolah harian biasa..!..Pendidikan Seni Kecantikan,Katering,Sains Pertanian dan banyak lagi..

Pesanan dari saya mulakan alam pembelajaran dengan penuh ceria!
(sekadar gambar hiasan)


Bagaimana pula tahun ini kepada pelajar tahun peperiksaan?.Pelajar UPSR/PMR/SPM dan STPM merupakan tahun berjaga-jaga yang bakal ditempuhi pada tahun ini. Pelbagai target telah diletak. Perancangan yang terperinci telah dibentangkan oleh pihak sekolah untuk memastikan kecemerlangan berterusan.Ibu dan bapa telah membuat kira-kira berapakah jumlah kewangan yang perlu dilaburkan pada tahun ini.itu mereka? Bagaimana pula dengan anda para pelajar?. Apakah strategi anda untuk terus cemerlang?
Bagaimanakah untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran anda?Atau biarkan masa berlalu dengan begitu sahaja...dan...

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadiri kelas tuisyen kami..?

Selamat maju jaya daripada saya!

Pengasas ZAR.