SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

24 January 2011

TESTIMONI PARA PELAJAR


ASSALAMUALAIKUM...
Pihak pentadbir tengah berusaha untuk membuat proposal tentang kewujudan Pusat Tuisyen ini untuk dihantar kepada Sektor Pendidikan Swasta,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.Ini bagi memastikan pergerakkan dan perjalanan proses pembelajaran para pelajar tidak tergendala.Oleh itu,kami mengharapkan doa dan sokongan anda semua untuk tujuan itu.

Sesungguhnya jalan untuk para pelajar untuk mencipta kecemerlangan akan terus bersinar.Sudah semestinya cita-cita anda semua akan tercapai..!!!


Selagi diizinkan ALLAH..

Berikut ialah testimoni para pelajar CIKGU WAN'S HOME TUITION yang diolah melalui perbualan lisan,komen di laman sosial dan pelbagai sumber yang dipercayai.

Pelajar tahun 2
Che Wan Zharif Irfan(gambar)


"...pembelajaran di CIKGU WAN'S HOME TUITION sungguh selesa.Dengan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk pergi belajar.Akhirnya saya mendapat A subjek Sains baru-baru ini.Saya amat aktif bersukan,oleh itu saya akan tumpu sepenuhnya ketika belajar di tuisyen ini..."

Pelajar tahun 4
Nur Basyirah bt Abu Bakar(dua dari kiri)



"..peperiksaan pertengahan tahun baru ini saya mendapat B dalam Matematik dan A dalam subjek Sains.Saya begitu terkejut kerana sebelum ini saya asyik gagal dalam Matematik.."

21 January 2011

SEMANGAT 60 minit tanpa batasan...!!!

SALAM diberi kepada semua pelajar/bakal pelajar yang disayangi selalu...
Semoga berada dalam lindungan ALLAH Taala senantiasa...

Belajar bersendirian dengan belajar berkumpulan,masing-masing mempunyai impak yang tersendiri.

Belajar secara bersendirian amat bersesuaian bagi pelajar yang berkehendakkan nilai pembelajaran yang tinggi lagi privasi. Risiko untuk bosan amat tinggi sekali..!
(sekadar gambar hiasan)


belajar bersendirian secara terus menerus tanpa bimbingan berkemungkinan anda tidak dapat menjaga kualiti pembelajaran anda..Motivasi anda untuk belajar kadangkala luntur sebab faktor persekitaran(bunyi radio,mengantuk,telefon,bunyi ayam berketuk..!)
Walaupun sebilangan pelajar cemerlang lebih suka menyendiri,tetapi bagi pelajar pencapaian sederhana yang menginginkan kecemerlangan ...
Adakah anda tidak ingin untuk ubah stail studi anda?


HANYA 60 minit SAHAJA


Hanya tempoh itu pelajar akan belajar di PROGRAM TUISYEN REMAJA MITHALI 2011 ini nanti...
1 jam : 60 minit tak terasa..!!!
60 minit penuh keberkatan mendapat pahala...
60 minit kehadiran dengan penuh rasa teruja..
60 minit diisi dengan motivasi membara..
60 minit latihan secara berkala..!!!

(belajar berkumpulan)


Pelajar akan dibimbing secara individu oleh tutor berkebolehan untuk memastikan ANDA SEMUA CEMERLANG setelah mengikuti program TUISYEN ini.
Apatah lagi dengan tempat tuisyen ini dijalankan sepenuhnya di dalam RUMAH ALLAH,pelajar dipupuk untuk berakhlak mulia dan sentiasa mengingati hakikat berTuhan..
Bukankah orang yang paling cerdik di dunia adalah orang yang sentiasa mengingati hari kematian..?


Tunggu apa lagi...!!!
Daftarlah sekarang..
Kelas bermula hari ini..!!!

14 January 2011

Lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION (dulu dikenali sebagai Kelas Tuisyen Remaja Mithali 2011)




ASSALAMUALAIKUM wbrth...
Setelah tinjauan telah dilakukan oleh pihak pengasas sendiri, akhirnya lokasi untuk pusat tuisyen ini telah ditemui.SURAU PUTIH KAMPUNG DUYONG KELAB AYA menjadi pencetus perkembangan pusat tuisyen yang diimpikan ini.
Setelah rundingan telah dibuat,rancangan ini disokong oleh penjaga dan penggiat aktiviti dakwah di surau tersebut.

(Surau Putih,KAMPUNG DUYONG KELAB AYA,KUALA TERENGGANU)
ihsan gambar



Dari pemerhatian bagi pihak pengasas sendiri, setakat ini keadaan fizikal SURAU seperti berikut :

a) Lokasi yang amat strategik-tepi jalanraya,tepi padang bola(pasir)
Soal keselamatan pelajar boleh diminimumkan sebab tempat lalu-lalang penduduk.Satu kelebihan apabila satu poster diletakkan di situ.Semua orang dapat mengetahui tentang 'kewujudan' kelas tuisyen ini.

b) Papan putih yang amat besar
Studi secara maksimun.

c) Kemudahan tandas lelaki dan perempuan
Perlukan masa untuk menguruskannya kembali.

d) Kemudahan meja + kerusi yang unik
Sudah memadai dengan kemudahan meja untuk duduk selesa..Belajar cara santai..!
Sekadar gambaran..!

Jangan bimbang,anda akan diajar untuk duduk belajar dengan selesa dan penuh keterujaan.

e) Kemudahan pengudaraan dan pengcahayaan yang cukup
Sesi pengajaran & pembelajaran yang kondusif.

f)KEBERKATAN yang TIDAK TERHINGGA





Lokasi kami yang terbaru

Bertempat di Bersebelahan Blok C,
PANGSAPURI MAMPU MILIK,PULAU DUYONG,
KUALA TERENGGANU.


Cara ke sini :

Dari Jalan Utama Pulau Duyong(juga ke R-yaz Heritage Resort & Spa)



Papan tanda PANGSAPURI



Pandangan tepi Blok C,PANGSAPURI MAMPU MILIK PULAU DUYONG



Jalan menuju ke CIKGU WAN'S HOME TUITION



SUDUT ILMU(menjadi lokasi kegemaran pelajar)



Sudut Inspirasi



Pemandangan dari tempat belajar CIKGU WAN'S HOME TUITION

BLOK C



KAWASAN PERKAMPUNGAN




02 January 2011

BAJU PUTIH & KASUT PUTIH

SALAM TAHUN BARU!!!
Tahun 2010 telah pun meninggalkan kita dan kita baru saja merasai penjelmaan 2011.

Tahun baru maka sekolah pun baru(kalau beralih dari prasekolah atau tahun 6).

Hari pertama persekolahan memberikan kenangan yang sememangnya tidak boleh dilupakan.Bagi yang bermula dengan tahun 1,sesi peralihan sudah bermula dari alam prasekolah kepada alam sekolah rendah. Tahun untuk pulang jam 12.00 tengahari sudah berlalu dan kini akan menikmati suasana abang-abang darjah 6 pula. Bagi Tingkatan 1 pula, peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Yang jelas jika dulu memakai seluar/kain biru gelap sekarang sudah bertukar gaya pemakaian denagn memakai seluar hijau atau berkain biru pirus. Anda kena ingat tamat sahaja UPSR, dari 5 subjek yang selalu dipelajari suatu masa dahulu kini keseronokkan alam pembelajaran kian bertambah dengan mempelajari 8 atau 9 subjek baru yang lain. Sungguh menyeronokkan untuk pelajari GEOGRAFI,SEJARAH dan KEMAHIRAN HIDUP.

Tingkatan 4? Oh...Percutian PMR anda telah pun berakhir, alam sekolah menengah atas sudah dikecapi. Pencapaian yang cemerlang semasa anda PMR akan memberikan motivasi untuk mencipta kejayaan di tingkatan 4 yang pelbagai aliran.Awas!Kejayaan ini akan terus kekal jika anda bersedia dari sekarang!..Tiada langsung A/Banyak B dan terdapat subjek yang mendapat C..?Usah malu dan rendah diri, banyak peluang lagi yang sedang menunggu anda. Jika tidak meminati lagi bidang-bidang ini(subjek-subjek pembacaan dan penghafalan),teruskan belajar dalam bidang kemahiran yang kini boleh dipelajari di sekolah harian biasa..!..Pendidikan Seni Kecantikan,Katering,Sains Pertanian dan banyak lagi..

Pesanan dari saya mulakan alam pembelajaran dengan penuh ceria!
(sekadar gambar hiasan)


Bagaimana pula tahun ini kepada pelajar tahun peperiksaan?.Pelajar UPSR/PMR/SPM dan STPM merupakan tahun berjaga-jaga yang bakal ditempuhi pada tahun ini. Pelbagai target telah diletak. Perancangan yang terperinci telah dibentangkan oleh pihak sekolah untuk memastikan kecemerlangan berterusan.Ibu dan bapa telah membuat kira-kira berapakah jumlah kewangan yang perlu dilaburkan pada tahun ini.itu mereka? Bagaimana pula dengan anda para pelajar?. Apakah strategi anda untuk terus cemerlang?
Bagaimanakah untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran anda?Atau biarkan masa berlalu dengan begitu sahaja...dan...

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadiri kelas tuisyen kami..?

Selamat maju jaya daripada saya!

Pengasas ZAR.