SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

24 January 2011

TESTIMONI PARA PELAJAR


ASSALAMUALAIKUM...
Pihak pentadbir tengah berusaha untuk membuat proposal tentang kewujudan Pusat Tuisyen ini untuk dihantar kepada Sektor Pendidikan Swasta,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.Ini bagi memastikan pergerakkan dan perjalanan proses pembelajaran para pelajar tidak tergendala.Oleh itu,kami mengharapkan doa dan sokongan anda semua untuk tujuan itu.

Sesungguhnya jalan untuk para pelajar untuk mencipta kecemerlangan akan terus bersinar.Sudah semestinya cita-cita anda semua akan tercapai..!!!


Selagi diizinkan ALLAH..

Berikut ialah testimoni para pelajar CIKGU WAN'S HOME TUITION yang diolah melalui perbualan lisan,komen di laman sosial dan pelbagai sumber yang dipercayai.

Pelajar tahun 2
Che Wan Zharif Irfan(gambar)


"...pembelajaran di CIKGU WAN'S HOME TUITION sungguh selesa.Dengan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk pergi belajar.Akhirnya saya mendapat A subjek Sains baru-baru ini.Saya amat aktif bersukan,oleh itu saya akan tumpu sepenuhnya ketika belajar di tuisyen ini..."

Pelajar tahun 4
Nur Basyirah bt Abu Bakar(dua dari kiri)



"..peperiksaan pertengahan tahun baru ini saya mendapat B dalam Matematik dan A dalam subjek Sains.Saya begitu terkejut kerana sebelum ini saya asyik gagal dalam Matematik.."

No comments:

Post a Comment