SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

02 January 2011

BAJU PUTIH & KASUT PUTIH

SALAM TAHUN BARU!!!
Tahun 2010 telah pun meninggalkan kita dan kita baru saja merasai penjelmaan 2011.

Tahun baru maka sekolah pun baru(kalau beralih dari prasekolah atau tahun 6).

Hari pertama persekolahan memberikan kenangan yang sememangnya tidak boleh dilupakan.Bagi yang bermula dengan tahun 1,sesi peralihan sudah bermula dari alam prasekolah kepada alam sekolah rendah. Tahun untuk pulang jam 12.00 tengahari sudah berlalu dan kini akan menikmati suasana abang-abang darjah 6 pula. Bagi Tingkatan 1 pula, peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Yang jelas jika dulu memakai seluar/kain biru gelap sekarang sudah bertukar gaya pemakaian denagn memakai seluar hijau atau berkain biru pirus. Anda kena ingat tamat sahaja UPSR, dari 5 subjek yang selalu dipelajari suatu masa dahulu kini keseronokkan alam pembelajaran kian bertambah dengan mempelajari 8 atau 9 subjek baru yang lain. Sungguh menyeronokkan untuk pelajari GEOGRAFI,SEJARAH dan KEMAHIRAN HIDUP.

Tingkatan 4? Oh...Percutian PMR anda telah pun berakhir, alam sekolah menengah atas sudah dikecapi. Pencapaian yang cemerlang semasa anda PMR akan memberikan motivasi untuk mencipta kejayaan di tingkatan 4 yang pelbagai aliran.Awas!Kejayaan ini akan terus kekal jika anda bersedia dari sekarang!..Tiada langsung A/Banyak B dan terdapat subjek yang mendapat C..?Usah malu dan rendah diri, banyak peluang lagi yang sedang menunggu anda. Jika tidak meminati lagi bidang-bidang ini(subjek-subjek pembacaan dan penghafalan),teruskan belajar dalam bidang kemahiran yang kini boleh dipelajari di sekolah harian biasa..!..Pendidikan Seni Kecantikan,Katering,Sains Pertanian dan banyak lagi..

Pesanan dari saya mulakan alam pembelajaran dengan penuh ceria!
(sekadar gambar hiasan)


Bagaimana pula tahun ini kepada pelajar tahun peperiksaan?.Pelajar UPSR/PMR/SPM dan STPM merupakan tahun berjaga-jaga yang bakal ditempuhi pada tahun ini. Pelbagai target telah diletak. Perancangan yang terperinci telah dibentangkan oleh pihak sekolah untuk memastikan kecemerlangan berterusan.Ibu dan bapa telah membuat kira-kira berapakah jumlah kewangan yang perlu dilaburkan pada tahun ini.itu mereka? Bagaimana pula dengan anda para pelajar?. Apakah strategi anda untuk terus cemerlang?
Bagaimanakah untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran anda?Atau biarkan masa berlalu dengan begitu sahaja...dan...

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadiri kelas tuisyen kami..?

Selamat maju jaya daripada saya!

Pengasas ZAR.

No comments:

Post a Comment