SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

11 April 2011

PERANCANGAN BULAN MEI 2011

SYUKUR..
ALHAMDULILLAH..Nikmat rezeki.Kurniaan Ilahi

Selepas bulan April,bulan Mei mula menampakkan sinar.
Bagi diri pengasas sendiri,memang ghairah dan teruja berjumpa dengan kenalan baru yang mendaftar.Insya'-Allah kita akan menjadi sahabat baik selamanya.Macam kucing dan si burung Tweety ini.
(gambar hiasan)


YURAN BULAN APRIL


Tahun 4 :RM20.00
Tahun 5/6 : RM15.00
Tingkatan 3 : RM30.00
Tingkatan 5 : RM35.00(3 SUBJEK)

Pastikan para pelajar menjelaskan bayaran sebelum 7 MEI 2011


ISTIMEWA : POTONGAN RM5.00 untuk setiap adik-beradik!


PERANCANGAN BULAN 5


1)Kelas Fizik/Kimia/Biologi dan Ekonomi Asas telah dibuka.
(gambar hiasan)
Bagi bulan ini kelas sedemikian dibuka hanya untuk para calon SPM 2011 sahaja.


2)Bulan ini adalah bulan peperiksaan pertengahan tahun setiap tingkatan.Jadi bagi pengasas sendiri waktu ini adalah untuk waktu giat berusaha meningkatkan pencapaian pelajar.Bagaimana persedian para pelajar?



3)Hari Guru 16 Mei 2011.
Teringin sekali bagi pihak pengasas sendiri untuk berjumpa dengan bekas guru untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga.Disusuli dengan sedikit hadiah peringatan.TERIMA KASIH GURU!


4)Penjenamaan semula KELAS TUISYEN REMAJA MITHALI.
Nama baru : CIKGU WAN'S HOME TUITION
Lokasi baru : 3636 KAMPUNG DUYONG BESAR,HUJONG BUGIS,KUALA TERENGGANU.
KEMUDAHAN :
a) akses internet percuma
b) guru kreatif lagi inovatif
c) maksimum pelajar 12 0rang
d) tempat belajar yang kondusif

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN untuk PARA PELAJAR !


wassalam.

04 April 2011

PERANCANGAN BULAN APRIL 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH..
Sudah 2 bulan KELAS TUISYEN REMAJA MITHALI telah berdiri..
Menabur bakti kepada anak-anak pertiwi..
yang memang memerlukan pengisian jati diri dan rohani...

Bagi bulan April ini,kelas Tuisyen akan berwajah baru melalui proses penjenamaan semula.

KELAS BARU
Kelas baru bakal didirikan pada 15 APRIL 2011 ini.
Bermakna kelas TUISYEN REMAJA MITHALI telah mempunyai 2 kelas.
Sekadar gambar hiasan mungkin sekadar 'benchmarking'(penanda aras) pusat tuisyen kami ini.


Pelajar semakin ramai,permintaan semakin meningkat.
Jadi sesi kelas boleh dilakukan serentak.
NANTIKAN juga kemunculan cikgu baru pula!

KELAS MATEMATIK TAMBAHAN
Subjek kegemaran pengasas kelas tuisyen ini.



Kelas ini akan diadakan setiap KHAMIS,selepas ISYAK sehingga 10.15 MALAM.
Para pelajar akan dibimbing oleh pengasas kelas tuisyen ini sendiri.
RAHSIANYA?...Pengasas sendiri telah mewakili sekolah untuk menjadi fasilitator bagi subjek MATEMATIK TAMBAHAN di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH ABDUL MALEK,KTRG. suatu ketika dahulu...


PENAMBAHBAIKKAN KEMUDAHAN SURAU PUTIH,KAMPUNG DUYONG KELAB AYA

Kemudahan siaraya,keceriaan dan tahap kebersihan akan dipertingkat sebagaimana disyariatkan oleh ALLAH TAALA.


SEKIAN,wassalam.