SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

27 May 2012

"POST MORTEM" BULAN MEI 2012

ALHAMDULILLAH..

Hasil 1 tahun dan 6 bulan KELAS TUISYEN CIKGU WAN beroperasi pelbagai 'garam ' telah dilalui.

Pada ruangan ini pihak CIKGU WAN berbesar hati dengan bangganya menyatakan kelemahan kekurangan yang terdapat pada para pelajar sekarang ;

1)patah tumbuh hilang berganti

maksudnya pelajar tidak kekal di kelas tuisyen ini.Teringat pada bulan 7 tahun 2011
seramai 3 orang pelajar berdaftar serentak.Namun,pada petangnya 2 orang pelajar
berhenti dari tuisyen ini serentak..!.

2)Mengajar pelajar sekolah rendah lebih indah asyik berbanding
pelajar sekolah menengah


Hal ini barangkali :
a)subjek SAINS,MATEMATIK & BAHASA INGGERIS ynag begitu mudah.


b)kebanyakan mereka datang awal dan berdisiplin.

c)Bayaran tepat pada waktunya(yuran pun murah kan..)

d)Masih mentah tidak matang/ tidak mengalami apa-apa perubahan
hormon.

3)Pelajar perempuan kurang berminat belajar tuisyen berbanding pelajar lelaki..!

Pedih!..Tapi inilah hakikatnya di kelas tuisyen ini.

Secara positif :

a)pelajar perempuan lebih suka belajar bersendirian berbanding belajar
di mana-mana kelas tuisyen(mungkin beralasan mudah fokus kalau bersendirian)

b)mereka malu untuk berdaftar di kelas-kelas tuisyen "second class" ini.

c)sifat "sellfish" mereka agak tinggi.Tak perasan yang mereka mempunyai sifat
berpuak-puak yang tinggi.

d)Selalu risau dengan kerja rumah yang tak pernah siap-siap.
Jadual tuisyen yang padat seolah-olah tak sempat menyiapkan kerja sekolah.Padahal jadual tuisyen
untuk pelajar sekolah menengah hanya hari Khamis,Jumaat, dan Sabtu sahaja.

4)Antara faktor pelajar nekad berhenti dari tuisyen iaitu :

a)kadang-kadang desakan ibu bapa yang tak ingin anak-anak mereka belajar di kelas
tuisyen kelas kedua ini.Rela menghantar anak mereka di kelas tuisyen berkos
tinggi di bandar-bandar walaupun kualiti sama sahaja di kelas tuisyen ini.

b)masalah lokasi yang jauh dari kediaman mereka dan memikirkan siapa yang akan
hantar mereka nanti.

c)sifat malas untuk berubah kerana terpengaruh dengan persekitaran yang tidak
mempunyai minda-minda yang membangun.

d)teknik pengurusan masa yang tidak betul.Kalau dah tahu kelas tusyen pada malam
ini buatlah kerja sekolah siap-siap.



5)Antara faktor pelajar masih kekal di kelas tuisyen ini :

a)keluarga yang prihatin

b)lokasi tuisyen yang paling dekat dengan rumah mereka.

c)faktor kesetiaan setelah diugut dan diperli secar gurauan.Hehehe...

d)suka sangat belajar di kelas tusyen berbanding belajar di sekolah menengah.

e)faktor guru yang baik hati,peramah dan memahami.

Walaubagaimanapun,pihak KELAS TUISYEN CIKGU WAN sentiasa melakukan anjakan paradigma bagi mempertingkat mutu pengajaran kepada anak -anak didik..INSYA'ALLAH...

No comments:

Post a Comment