SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

31 October 2012

BULAN NOVEMBER 2012

ASSALAMUALAIKUM wawarmatullahiwabarakatuh,

Tinggal 2 bulan sahaja lagi kita akan menempuh tahun 2013.
Semestinya,terdapat pelajar yang tidak sabar(khusus untuk pelajar prasekolah/tadika) untuk menjengah tempat baru.

Namun,tidak bagi pelajar tingkatan 5 & 6.
Tahun ini ialah tahun terakhir mereka di sekolah.
Selepas ini tiada lagi baju sekolah,panggilan cikgu mahupun berebut untuk membeli makanan di kantin.
Mereka akan menukar uniform mereka : pakaian seorang pelajar IPT.
Mulut mereka akan memanggil cikgu mereka dengan panggilan :

"..encik.."
"..mr...
"..errr..madam.."
"..dr..."
"..prof.."

Bulan ini bulan berjuang untuk pelajar SPM mahupun STPM.
Walaupun hambatan cuaca yang redup dan hujan sekejap,pihak Cikgu Wan berharap mereka tabah dalam menempuh dugaan ini.

21 October 2012

Belum tamat lagi tahu tak!

Peperiksaan UPSR dah tamat pada awal bulan September lepas.
PMR pun dah tamat beberapa minggu yang lepas.
Peperiksaan akhir tahun pun baru beberapa hari lepas.

ALHAMDULILLAH...
Sekurang-kurangnya tekanan untuk pelajar dah habis.Bagi pelajar tahun peperiksaan usah bazirkan waktu senggang anda dengan aktiviti yang tak ada faedah langsung.

SPM-tinggal 2 minggu lagi.
Bagi pihak KELAS TUISYEN CIKGU WAN mengucapkan selamat berjuang untuk para pelajar.Walaupun SPM hanyalah satu bentuk peperiksaan atas kertas semata-mata,tapi buktikanlah yang anda memang terbaik untuk semua bidang.Walaupun kita cemerlang dalam peperiksaan tidak semestinya kita cemerlang dalam kehidupan.Orang yang cemerlang kehidupan memang terdiri daripada orang cemerlang dalam pelajaran.

Jangan asyik fikir lepas ini sudah tidak perlu pakai uniform sekolah lagi(tidak bagi tingkatan enam).

Sebelum KELAS TUISYEN CIKGU WAN menutup jendela 2012,pihak kami akan mengisi waktu pascapeperiksaan dengan aktiviti melukis sambil belajar.Hilang stres dan menjana kreativiti pelajar.

Melalui cara ini kelemahan dari segi psikomotor pelajar dapat dikesan.Bagi pelajar yang berkeyakinan untuk berimaginasi mereka akan berdikari untuk menyiapkan tugasan yang diberikan tutor.TAPI tidak bukan bagi pelajar takut untuk menggunakan kaedah cuba-jaya atau takut dikatakan hodoh sebelum melukis.

Tiada istilah hodoh dalam berkreativiti !

yang cantik itu budi..
yang indah itu bahasa!