SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

11 March 2013

AGENDA MAC 2013

SALAM SEJAHTERA kepada semua pelajar yang dikasihi :

Status terkini bilangan pelajar di kelas tuisyen cikgu wan :

Tahun 2 : penuh(5 orang)
Tahun 3 : penuh (6 orang)
Tahun 4 : penuh (9 orang)
Tahun 5 : penuh (9 orang)
Tahun 6 : 1 kekosongan untuk pelajar lelaki

Tingkatan 2 : 1 kekosongan untuk pelajar perempuan
Tingkatan 3 :  penuh bagi pelajar lelaki (7 orang)
                         1 kekosongan untuk pelajar perempuan
Tingkatan 5 : 1 kekosongan untuk pelajar perempuan

Antara agenda yang akan dilakukan pada bulan mac ini ialah :
1)Jamuan untuk pelajar perempuan dan pelajar tahun 2 & 3 pada cuti nanti.

2)Penubuhan 3 pasukan futsal dari pelajar Kelas Tuisyen Cikgu Wan untuk menentang pasukan pilihan Sekolah Kebangsaan Duyong.
 Pasukan ini sedang giat berlatih di  COURT FUTSAL Duyong Kecil
 Hari Khamis : 04.00-05.00 petang : pasukan bawah 10 tahun
 Hari Sabtu : 04.00-05.00 petang : pasukan bawah 11 tahun & bawah 9 tahun
 Mereka dikenali sebagai pasukan  
 CIKGU WAN UNITED :  
                      THINK LIKE A CHAMPION !
 
                                                        
Tujuan penubuhan CIKGU WAN UNITED bukan sebagai sebagai kilang menghasilkan pemain profesional tetapi hanya untuk menyemaikan sifat-sifat positif dalam kalangan pelajar tuisyen.
Melalui sukan kegilaan penduduk bumi ini ,mereka dapat menghayati erti semangat berpasukan,sabar dan mempunyai kemahiran berstrategi.Bukan untuk melahirkan  the next CHRISTIANO RONALDO & SERGIO RAMOS !

3)Bulan ini merupakan bulan menghadaopi ujian bagi semua pelajar,pada masa ini sesi tuisyen diisi dengan latihan bertubi-tubi menjawab soalan berorientasikan peperiksaan sesuai dengan misi kelas tuisyen ini :  "exam-oriented" .Walaupun demikian pihak kelas tuisyen tetap mengutamakan perkembangan pelajar melalui pendekatan student-centered dengan kaedah kinestetik,audiotori & visualisasi.

Tunggu sehingga cuti sekolah bermula!
TAK sabar lah tu !
Pelbagai program menarik untuk pelajar ! 
Sekian !
"...cepat faham,lagilah senang.."

03 February 2013

PROJEK FEBRUARI 2013


TAHAP 1
Menghabiskan silibus GRAMMAR for ENGLISH
Ujian Mudah dan Senang untuk subjek Matematik

TAHAP 2

TAHUN 4
  1. MATEMATIK : bahagi 2 angka,pecahan & perpuluhan
  2. ENGLISH : latihan past tense & present tense dan penumpuan preposition 
TAHUN 5
  1. MATEMATIK : kuasai tajuk masa,berat,isipadu air
  2. ENGLISH : latihan ayat untuk section B( pendekatan S/V/O)
TAHUN 6
  1. MATEMATIK : kuasai tajuk masa,berat dan latihan kertas soalan peperiksaan tahun lepas
  2. ENGLISH :  latihan kertas 2 ENGLISH UPSR
  3. SAINS : menghabiskan silibus tahun 5 & latihan bahagian B
SEKOLAH MENENGAH

Tingkatan 2
1.Matematik : menguasai topik tingkatan1
2 Bahasa Arab -nahu

Tingkatan 3
  1. MATEMATIK : silibus tingkatan 2 & latihan
  2. SAINS : kuasai silibus tingkatan 1 & latihan pengukuhan
"...CEPAT FAHAM,LAGILAH SENANG..."

29 January 2013

ASSALAMUALAIKUM...
Memulakan langkah 2013 dengan penuh iltizam dan penuh keazaman.
Menempuh anekdot untuk para anak didik yang sering dahagakan ilmu dan perhatian membuatkan KELAS TUISYEN tak menang tangan untuk melayani pertanyaan anak didik dan penjaga.

TERIMA KASIH! TERIMA KASIH! TERIMA KASIH !

Oleh sebab kesetiaan para penyokong tegar kelas tuisyen Cikgu Wan.
Kami terus berdiri untuk memastikan anda semua cemerlang sebagaimana manusia cemerlang yang lain.

Kemasukan kelas tuisyen CIKGU WAN sesi 2013 JANUARI :

TAHAP 1 : PENUH
TAHAP 2 : PENUH
MENENGAH RENDAH :
       Masih terbuka untuk kelas BAHASA ARAB KOMUNIKASI tingkatan 1 hingga 3(3 ORANG)
MENENGAH ATAS :
       Masih terbuka untuk kelas Matematik Tambahan (5 ORANG)


DAFTAR SEKARANG YA!

"..CEPAT FAHAM,LAGILAH SENANG..!)