SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

09 November 2014

PEMBUKAAN CAWANGAN BAHARU Cikgu Wan's Home Tuition

Perkhidmatan tuisyen kami telah melebarkan sayapnya di tempat baharu.

KAMPUNG SERDANG BARU,
KUALA TERENGGANU.
[HADAPAN TAPAK PASAR MALAM]

DAFTAR SEKARANG !

11 March 2013

AGENDA MAC 2013

SALAM SEJAHTERA kepada semua pelajar yang dikasihi :

Status terkini bilangan pelajar di kelas tuisyen cikgu wan :

Tahun 2 : penuh(5 orang)
Tahun 3 : penuh (6 orang)
Tahun 4 : penuh (9 orang)
Tahun 5 : penuh (9 orang)
Tahun 6 : 1 kekosongan untuk pelajar lelaki

Tingkatan 2 : 1 kekosongan untuk pelajar perempuan
Tingkatan 3 :  penuh bagi pelajar lelaki (7 orang)
                         1 kekosongan untuk pelajar perempuan
Tingkatan 5 : 1 kekosongan untuk pelajar perempuan

Antara agenda yang akan dilakukan pada bulan mac ini ialah :
1)Jamuan untuk pelajar perempuan dan pelajar tahun 2 & 3 pada cuti nanti.

2)Penubuhan 3 pasukan futsal dari pelajar Kelas Tuisyen Cikgu Wan untuk menentang pasukan pilihan Sekolah Kebangsaan Duyong.
 Pasukan ini sedang giat berlatih di  COURT FUTSAL Duyong Kecil
 Hari Khamis : 04.00-05.00 petang : pasukan bawah 10 tahun
 Hari Sabtu : 04.00-05.00 petang : pasukan bawah 11 tahun & bawah 9 tahun
 Mereka dikenali sebagai pasukan  
 CIKGU WAN UNITED :  
                      THINK LIKE A CHAMPION !
 
                                                        
Tujuan penubuhan CIKGU WAN UNITED bukan sebagai sebagai kilang menghasilkan pemain profesional tetapi hanya untuk menyemaikan sifat-sifat positif dalam kalangan pelajar tuisyen.
Melalui sukan kegilaan penduduk bumi ini ,mereka dapat menghayati erti semangat berpasukan,sabar dan mempunyai kemahiran berstrategi.Bukan untuk melahirkan  the next CHRISTIANO RONALDO & SERGIO RAMOS !

3)Bulan ini merupakan bulan menghadaopi ujian bagi semua pelajar,pada masa ini sesi tuisyen diisi dengan latihan bertubi-tubi menjawab soalan berorientasikan peperiksaan sesuai dengan misi kelas tuisyen ini :  "exam-oriented" .Walaupun demikian pihak kelas tuisyen tetap mengutamakan perkembangan pelajar melalui pendekatan student-centered dengan kaedah kinestetik,audiotori & visualisasi.

Tunggu sehingga cuti sekolah bermula!
TAK sabar lah tu !
Pelbagai program menarik untuk pelajar ! 
Sekian !
"...cepat faham,lagilah senang.."

03 February 2013

PROJEK FEBRUARI 2013


TAHAP 1
Menghabiskan silibus GRAMMAR for ENGLISH
Ujian Mudah dan Senang untuk subjek Matematik

TAHAP 2

TAHUN 4
  1. MATEMATIK : bahagi 2 angka,pecahan & perpuluhan
  2. ENGLISH : latihan past tense & present tense dan penumpuan preposition 
TAHUN 5
  1. MATEMATIK : kuasai tajuk masa,berat,isipadu air
  2. ENGLISH : latihan ayat untuk section B( pendekatan S/V/O)
TAHUN 6
  1. MATEMATIK : kuasai tajuk masa,berat dan latihan kertas soalan peperiksaan tahun lepas
  2. ENGLISH :  latihan kertas 2 ENGLISH UPSR
  3. SAINS : menghabiskan silibus tahun 5 & latihan bahagian B
SEKOLAH MENENGAH

Tingkatan 2
1.Matematik : menguasai topik tingkatan1
2 Bahasa Arab -nahu

Tingkatan 3
  1. MATEMATIK : silibus tingkatan 2 & latihan
  2. SAINS : kuasai silibus tingkatan 1 & latihan pengukuhan
"...CEPAT FAHAM,LAGILAH SENANG..."

29 January 2013

ASSALAMUALAIKUM...
Memulakan langkah 2013 dengan penuh iltizam dan penuh keazaman.
Menempuh anekdot untuk para anak didik yang sering dahagakan ilmu dan perhatian membuatkan KELAS TUISYEN tak menang tangan untuk melayani pertanyaan anak didik dan penjaga.

TERIMA KASIH! TERIMA KASIH! TERIMA KASIH !

Oleh sebab kesetiaan para penyokong tegar kelas tuisyen Cikgu Wan.
Kami terus berdiri untuk memastikan anda semua cemerlang sebagaimana manusia cemerlang yang lain.

Kemasukan kelas tuisyen CIKGU WAN sesi 2013 JANUARI :

TAHAP 1 : PENUH
TAHAP 2 : PENUH
MENENGAH RENDAH :
       Masih terbuka untuk kelas BAHASA ARAB KOMUNIKASI tingkatan 1 hingga 3(3 ORANG)
MENENGAH ATAS :
       Masih terbuka untuk kelas Matematik Tambahan (5 ORANG)


DAFTAR SEKARANG YA!

"..CEPAT FAHAM,LAGILAH SENANG..!)

13 November 2012

PERKHIDMATAN "HOME TUITION"


Kepada semua pelajar kesayangan !
Cuti sekolah begini
apakata..
Jemput CIKGU WAN datang
mengajar tuisyen  
di rumah masing-masing ?


Bagaimana ?
Hebat sangat..!
Daripada belajar seorang diri di rumah dengan teknik yang tidak teratur...
Melalui belajar tuisyen di rumah,
boleh hilangkan tekanan kerana topik yang tak faham selama ini boleh tanya terus.



Melalui belajar tuisyen di rumah juga,
pelajar akan mendapat penumpuan yang maksimum daripada CIKGU WAN
Ibu dan bapa tidak payah keluar wang dan tenaga untuk menghantar anak mereka ke pusat-pusat tuisyen.

Faktor keselamatan adalah terjamin kerana pelajar akan belajar di rumah.
HANYA SURUH CIKGU DATANG MENGAJAR >> BELAJAR >> .

BAYARAN ?

UPSR
(SAINS dan MATEMATIK ) satu sesi 1 jam
RM 30 satu subjek : setiap sesi

PMR
(SAINS dan MATEMATIK ) satu sesi 1 1/4 jam
RM 40 satu subjek : setiap sesi

SPM
(MATEMATIK,MATEMATIK TAMBAHAN,FIZIK dan KIMIA)
RM 50 satu subjek : setiap sesi

telefon / sms CIKGU WAN
         017-9275904

31 October 2012

BULAN NOVEMBER 2012

ASSALAMUALAIKUM wawarmatullahiwabarakatuh,

Tinggal 2 bulan sahaja lagi kita akan menempuh tahun 2013.
Semestinya,terdapat pelajar yang tidak sabar(khusus untuk pelajar prasekolah/tadika) untuk menjengah tempat baru.

Namun,tidak bagi pelajar tingkatan 5 & 6.
Tahun ini ialah tahun terakhir mereka di sekolah.
Selepas ini tiada lagi baju sekolah,panggilan cikgu mahupun berebut untuk membeli makanan di kantin.
Mereka akan menukar uniform mereka : pakaian seorang pelajar IPT.
Mulut mereka akan memanggil cikgu mereka dengan panggilan :

"..encik.."
"..mr...
"..errr..madam.."
"..dr..."
"..prof.."

Bulan ini bulan berjuang untuk pelajar SPM mahupun STPM.
Walaupun hambatan cuaca yang redup dan hujan sekejap,pihak Cikgu Wan berharap mereka tabah dalam menempuh dugaan ini.

21 October 2012

Belum tamat lagi tahu tak!

Peperiksaan UPSR dah tamat pada awal bulan September lepas.
PMR pun dah tamat beberapa minggu yang lepas.
Peperiksaan akhir tahun pun baru beberapa hari lepas.

ALHAMDULILLAH...
Sekurang-kurangnya tekanan untuk pelajar dah habis.Bagi pelajar tahun peperiksaan usah bazirkan waktu senggang anda dengan aktiviti yang tak ada faedah langsung.

SPM-tinggal 2 minggu lagi.
Bagi pihak KELAS TUISYEN CIKGU WAN mengucapkan selamat berjuang untuk para pelajar.Walaupun SPM hanyalah satu bentuk peperiksaan atas kertas semata-mata,tapi buktikanlah yang anda memang terbaik untuk semua bidang.Walaupun kita cemerlang dalam peperiksaan tidak semestinya kita cemerlang dalam kehidupan.Orang yang cemerlang kehidupan memang terdiri daripada orang cemerlang dalam pelajaran.

Jangan asyik fikir lepas ini sudah tidak perlu pakai uniform sekolah lagi(tidak bagi tingkatan enam).

Sebelum KELAS TUISYEN CIKGU WAN menutup jendela 2012,pihak kami akan mengisi waktu pascapeperiksaan dengan aktiviti melukis sambil belajar.Hilang stres dan menjana kreativiti pelajar.

Melalui cara ini kelemahan dari segi psikomotor pelajar dapat dikesan.Bagi pelajar yang berkeyakinan untuk berimaginasi mereka akan berdikari untuk menyiapkan tugasan yang diberikan tutor.TAPI tidak bukan bagi pelajar takut untuk menggunakan kaedah cuba-jaya atau takut dikatakan hodoh sebelum melukis.

Tiada istilah hodoh dalam berkreativiti !

yang cantik itu budi..
yang indah itu bahasa!