SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

20 February 2011

PELAJAR BULAN FEBRUARI-BAKAL PELAJAR CEMERLANG PULAU DUYONG..!!!


KEJAYAAN YANG BESAR AKAN DIMULAI DENGAN LANGKAH YANG PERTAMA

Pihak tuisyen menghargai kecenderungan para pelajar untuk memilih KELAS TUISYEN REMAJA MITHALI untuk mencorekkan kejayaan para pelajar.
Pihak kami percaya tindakan anda memang tepat untuk memilih Kelas tuisyen ini

Kami berusaha untuk membolehkan mereka merasai detik-detik manis seperti ini :
PELAJAR CEMERLANG UPSR


Wah..hari pertama saya lihat mata mereka ada sinar harapan untuk kejayaan.Tugas kami,memberi mereka laluan untuk mengecapi kejayaan seperti ini :


Terdapat wajah kepuasan pada wajah-wajah cemerlang ini.


Pihak kami akan berusaha untuk kejayaan sebagaimana yang telah dikecapi oleh pelajar cemerlang seperti ini :

kekurangan bukan halangan..!!!


Nikmat kejayaan tersebut lagi bermakna sekiranya dikongsi bersama orang tersayang.


Aduhai...
Pihak kami masih tertunggu-tunggu kelibat pelajar-pelajar lelaki yang masih malu-malu untuk menghadiri sesi kelas tuisyen.


(sumber http://zuridanmdaud.blogspot.com)

Atau takut untuk menjadi IMAM dalam menggepalai solat di tempat tuisyen ini.
Kami yakin mereka sedang mengintai-intai untuk menjejaki kami..!
Tunggu apa lagi wahai pelajar lelaki???
SIFAT MALU IALAH MUSUH YANG MENJADI PENGHALANG KEJAYAAN!!!

06 February 2011

AYUH BANGKITLAH wahai kawan..!

Kita memang ditakdirkan untuk berjaya !
Berjaya di dunia seterusnya cemerlang di akhirat !
(sekadar gambar hiasan)


Terpulang kepada anda semua para pelajar.
Adakah sejumlah A yang dicari?
atau KEJAYAAN yang hakiki..?

Bagaimana untuk mengecapi kejayaan tersebut?
Semestinya di TUISYEN REMAJA MITHALI 2011 !

JOM HAYATI LAGU NI..



Kawan-kawan tahu tak siapakah nama Nabi yang dikurniakan Allah yang boleh berbicara dengan haiwan?
Siapakah Nabi yang tersenyum apabila mendengar celoteh haiwan-haiwan ini?
Selain itu,apakah binatang yang paling sibuk di dunia?Binatang yang masih lagi bekerja walaupun kita masih tidur.
Nabi tersebut ialah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman yang berkeistimewaan boleh berbicara dengan banyak haiwan.Antara haiwan yang sering disebut dalam Al-Quran iaitu burung Hud-Hud.
Tetapi di sini,saya akan menceritakan tentang kerajinan seekor semut.Semut yang rajin mencari rezeki dan bergantung harap sepenihnya terhadap kurniaan Allah semata-mata.
Pada zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut mencari makanan di atas batu.Mereka mencari makanan beramai-ramai tanpa berasa letih.Apabila mereka menjumpai makanan yang berat,mereka memanggil sekumpulan semut yang lain untuk mengangkatnya ke sarang mereka.
Lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan.Baginda memikirkan cara semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Tanpa air dan sumber makanan.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
“Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan ini cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".



Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan dalam setahun? Apakah yang engkau gemar makan?”
Jawab si semut;
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum setahun".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan;
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum setahun tak payah kamu merata-rata mencari makanan di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, baginda angkat semua semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas.
Kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.
Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu tahun.

Apabila cukup setahun, Nabi Allah Sulaiman lihat gandum yang diletakkan di dalam bekas tersebut.
Kawan-kawan tahu banyak manakah semut itu makan?
Gandum itu hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.
Lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Tahun lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum setahun, ini sudah setahun tapi kamu makan setengah".

Jawab semut:
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,”

Tambah si semut itu lagi;
“Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Allah tidak akan melupakanku.
Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin adakah engkau datang lagi pada tahun berikutnya.
Oleh itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai persiapan bekal pada tahun berikutnya.”
Oleh itu,marilah kawan-kawan kita berusaha sedaya upaya tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain.Berpeganglah pada prinsip “sediakan payung sebelum hujan”.Harapan kita hanyalah satu;bergantung-harap kepada pemilik segala rezeki iaitu ALLAH TAALA.


Bagaimana? Masih tidur ?
Atau masih tercari-cari tapak tempat untuk bermula ?
Nah ! mulalah di sini..!