SELAMAT DATANG !!!

SELAMAT DATANG !!!
klik gambar untuk lokasi CIKGU WAN'S HOME TUITION

13 November 2012

PERKHIDMATAN "HOME TUITION"


Kepada semua pelajar kesayangan !
Cuti sekolah begini
apakata..
Jemput CIKGU WAN datang
mengajar tuisyen  
di rumah masing-masing ?


Bagaimana ?
Hebat sangat..!
Daripada belajar seorang diri di rumah dengan teknik yang tidak teratur...
Melalui belajar tuisyen di rumah,
boleh hilangkan tekanan kerana topik yang tak faham selama ini boleh tanya terus.



Melalui belajar tuisyen di rumah juga,
pelajar akan mendapat penumpuan yang maksimum daripada CIKGU WAN
Ibu dan bapa tidak payah keluar wang dan tenaga untuk menghantar anak mereka ke pusat-pusat tuisyen.

Faktor keselamatan adalah terjamin kerana pelajar akan belajar di rumah.
HANYA SURUH CIKGU DATANG MENGAJAR >> BELAJAR >> .

BAYARAN ?

UPSR
(SAINS dan MATEMATIK ) satu sesi 1 jam
RM 30 satu subjek : setiap sesi

PMR
(SAINS dan MATEMATIK ) satu sesi 1 1/4 jam
RM 40 satu subjek : setiap sesi

SPM
(MATEMATIK,MATEMATIK TAMBAHAN,FIZIK dan KIMIA)
RM 50 satu subjek : setiap sesi

telefon / sms CIKGU WAN
         017-9275904

31 October 2012

BULAN NOVEMBER 2012

ASSALAMUALAIKUM wawarmatullahiwabarakatuh,

Tinggal 2 bulan sahaja lagi kita akan menempuh tahun 2013.
Semestinya,terdapat pelajar yang tidak sabar(khusus untuk pelajar prasekolah/tadika) untuk menjengah tempat baru.

Namun,tidak bagi pelajar tingkatan 5 & 6.
Tahun ini ialah tahun terakhir mereka di sekolah.
Selepas ini tiada lagi baju sekolah,panggilan cikgu mahupun berebut untuk membeli makanan di kantin.
Mereka akan menukar uniform mereka : pakaian seorang pelajar IPT.
Mulut mereka akan memanggil cikgu mereka dengan panggilan :

"..encik.."
"..mr...
"..errr..madam.."
"..dr..."
"..prof.."

Bulan ini bulan berjuang untuk pelajar SPM mahupun STPM.
Walaupun hambatan cuaca yang redup dan hujan sekejap,pihak Cikgu Wan berharap mereka tabah dalam menempuh dugaan ini.

21 October 2012

Belum tamat lagi tahu tak!

Peperiksaan UPSR dah tamat pada awal bulan September lepas.
PMR pun dah tamat beberapa minggu yang lepas.
Peperiksaan akhir tahun pun baru beberapa hari lepas.

ALHAMDULILLAH...
Sekurang-kurangnya tekanan untuk pelajar dah habis.Bagi pelajar tahun peperiksaan usah bazirkan waktu senggang anda dengan aktiviti yang tak ada faedah langsung.

SPM-tinggal 2 minggu lagi.
Bagi pihak KELAS TUISYEN CIKGU WAN mengucapkan selamat berjuang untuk para pelajar.Walaupun SPM hanyalah satu bentuk peperiksaan atas kertas semata-mata,tapi buktikanlah yang anda memang terbaik untuk semua bidang.Walaupun kita cemerlang dalam peperiksaan tidak semestinya kita cemerlang dalam kehidupan.Orang yang cemerlang kehidupan memang terdiri daripada orang cemerlang dalam pelajaran.

Jangan asyik fikir lepas ini sudah tidak perlu pakai uniform sekolah lagi(tidak bagi tingkatan enam).

Sebelum KELAS TUISYEN CIKGU WAN menutup jendela 2012,pihak kami akan mengisi waktu pascapeperiksaan dengan aktiviti melukis sambil belajar.Hilang stres dan menjana kreativiti pelajar.

Melalui cara ini kelemahan dari segi psikomotor pelajar dapat dikesan.Bagi pelajar yang berkeyakinan untuk berimaginasi mereka akan berdikari untuk menyiapkan tugasan yang diberikan tutor.TAPI tidak bukan bagi pelajar takut untuk menggunakan kaedah cuba-jaya atau takut dikatakan hodoh sebelum melukis.

Tiada istilah hodoh dalam berkreativiti !

yang cantik itu budi..
yang indah itu bahasa!

29 July 2012

Jadual Bulan Ramadhan

Ramadhan datang lagi..Alhamdulillah.

Seiiring dengan waktu ,Kelas Tuisyen Cikgu Wan telah melakukan rombakan beberapa waktu kelas tuisyen.

Hal ini memberi memberi kepada pelajar untuk berehat dan menumpukan kepada ibadah pada malamnya.Bukan senang nak solat tarawikh ramai-ramai di masjid betul tak?

Jadual terbaru sempena RAMADHAN di KELAS TUISYEN CIKGU WAN.

Pelajar tahun 1,2 & 3

Kumpulan 1(sesi petang)
Matematik : SABTU : 03.00-04.00 petang

Kumpulan 2(sesi malam)
English        : KHAMIS : 08.15-08.45 malam
B.Malaysia  : JUMAAT : 08.15-08.45 malam
Matematik  : SABTU : 08.15-08.45 malam

Pelajar tahun 4,5 & 6
Matematik  : JUMAAT : 03.00-04.00 petang
English        : AHAD : 08.15-09.15 malam
Sains           : SELASA : 08.15-09.15 malam


Pelajar PMR
Kumpulan 1
Matematik : KHAMIS : 09.15-10.00 malam

Kumpulan 2 :
Matematik : RABU : 09.30-10.30 malam

*pelajar PMR memulakan peperiksaan percubaan mereka pada 29 Julai 2012.
*atas permintaan mereka kelas diadakan setiap malam peperiksaan kertas  Matematik,Sains dan Geografi

Pelajar SPM
Matematik : ISNIN : 09.30-10.30 malam


Bulan Ramadhan bulan barokah,
Ramai orang sedekah jariah,
sesetengah orang menahan amarah,
jangan pula berpaling tadah.

ramai sudah putus jari,
ada juga yang buta mata,
jangan sentuh mercun adik-adik semua,
membazir duit ibu dan bapa.

11 June 2012

MATLAMAT BULAN JUN 2012

BULAN JUN 2012

Berikut adalah matlamat pihak KELAS TUISYEN CIKGU WAN pada bulan 6 ini :

Moto baru "... CEPAT FAHAM, LAGILAH SENANG.."

 Matriks yuran ada sedikit peningkatan :

SEKOLAH RENDAH
Tahun 5 & 6  (subjek ditawarkan : ENGLISH ,MATEMATIK & SAINS )


1 SUBJEK : RM 10
2 SUBJEK : RM 15
3 SUBJEK : RM 20

maksimum pelajar : 8 orang

SEKOLAH MENENGAH
 Tingkatan 2 & 3
Matematik : RM 20 sebulan : 1 kali seminggu
Sains : RM 15 sebulan : 1 kali seminggu

Jadual terdapat sedikit perubahan 

ISNIN : ENGLISH (tahun 6 sahaja) : 08.00 - 09.00 malam (sebelum ini subjek SAINS tahun 6)
SELASA : ENGLISH (tahun 4&5 sahaja) : 08.00 - 09.00 malam (sebelum ini subjek SAINS tahun 5)
RABU : SAINS (bergabung) : 08.00 - 09.00 malam (sebelum ini subjek ENGLISH tahun 6)
JUMAAT : ENGLISH (tahun 1&2 sahaja) : 08.00 - 09.00 malam (sebelum ini subjek English tahun 5)

CIKGU WAN TOUR

Oleh sebab pihak KELAS TUISYEN CIKGU WAN telah menamatkan perkhidmatan bagi sesi tuisyen subjek MATEMATIK TAMBAHAN,FIZIK,KIMIA & BIOLOGI,kami membuat perancangan untuk mengadakan sebuah sesi 

KLINIK BERGERAK MATEMATIK TAMBAHAN bersama CIKGU WAN.
 FASA 1 (tajuk : function,quadratic equation & function quadratic,simultaneous equation)


Sasaran : 
Pelajar tingkatan 4 dan calon SPM
*pelajar yang gagal,hampir gagal dan tak pernah gagal dalam MATEMATIK TAMBAHAN 


40 orang sahaja
percuma


10.00 pagi-12.00 tengahari.
Tarikh & tempat : akan dimaklumkan kemudian
*semestinya dalam bulan Jun ini dan bertempat di Kuala Terengganu.


JUMPA DI SANA ..!

27 May 2012

"POST MORTEM" BULAN MEI 2012

ALHAMDULILLAH..

Hasil 1 tahun dan 6 bulan KELAS TUISYEN CIKGU WAN beroperasi pelbagai 'garam ' telah dilalui.

Pada ruangan ini pihak CIKGU WAN berbesar hati dengan bangganya menyatakan kelemahan kekurangan yang terdapat pada para pelajar sekarang ;

1)patah tumbuh hilang berganti

maksudnya pelajar tidak kekal di kelas tuisyen ini.Teringat pada bulan 7 tahun 2011
seramai 3 orang pelajar berdaftar serentak.Namun,pada petangnya 2 orang pelajar
berhenti dari tuisyen ini serentak..!.

2)Mengajar pelajar sekolah rendah lebih indah asyik berbanding
pelajar sekolah menengah


Hal ini barangkali :
a)subjek SAINS,MATEMATIK & BAHASA INGGERIS ynag begitu mudah.


b)kebanyakan mereka datang awal dan berdisiplin.

c)Bayaran tepat pada waktunya(yuran pun murah kan..)

d)Masih mentah tidak matang/ tidak mengalami apa-apa perubahan
hormon.

3)Pelajar perempuan kurang berminat belajar tuisyen berbanding pelajar lelaki..!

Pedih!..Tapi inilah hakikatnya di kelas tuisyen ini.

Secara positif :

a)pelajar perempuan lebih suka belajar bersendirian berbanding belajar
di mana-mana kelas tuisyen(mungkin beralasan mudah fokus kalau bersendirian)

b)mereka malu untuk berdaftar di kelas-kelas tuisyen "second class" ini.

c)sifat "sellfish" mereka agak tinggi.Tak perasan yang mereka mempunyai sifat
berpuak-puak yang tinggi.

d)Selalu risau dengan kerja rumah yang tak pernah siap-siap.
Jadual tuisyen yang padat seolah-olah tak sempat menyiapkan kerja sekolah.Padahal jadual tuisyen
untuk pelajar sekolah menengah hanya hari Khamis,Jumaat, dan Sabtu sahaja.

4)Antara faktor pelajar nekad berhenti dari tuisyen iaitu :

a)kadang-kadang desakan ibu bapa yang tak ingin anak-anak mereka belajar di kelas
tuisyen kelas kedua ini.Rela menghantar anak mereka di kelas tuisyen berkos
tinggi di bandar-bandar walaupun kualiti sama sahaja di kelas tuisyen ini.

b)masalah lokasi yang jauh dari kediaman mereka dan memikirkan siapa yang akan
hantar mereka nanti.

c)sifat malas untuk berubah kerana terpengaruh dengan persekitaran yang tidak
mempunyai minda-minda yang membangun.

d)teknik pengurusan masa yang tidak betul.Kalau dah tahu kelas tusyen pada malam
ini buatlah kerja sekolah siap-siap.



5)Antara faktor pelajar masih kekal di kelas tuisyen ini :

a)keluarga yang prihatin

b)lokasi tuisyen yang paling dekat dengan rumah mereka.

c)faktor kesetiaan setelah diugut dan diperli secar gurauan.Hehehe...

d)suka sangat belajar di kelas tusyen berbanding belajar di sekolah menengah.

e)faktor guru yang baik hati,peramah dan memahami.

Walaubagaimanapun,pihak KELAS TUISYEN CIKGU WAN sentiasa melakukan anjakan paradigma bagi mempertingkat mutu pengajaran kepada anak -anak didik..INSYA'ALLAH...

21 May 2012

SELAMAT HARI GURU 2012


Cita-cita bukan nak jadi guru,
Tapi nak jadi seorang jurumotivasi,
Terima kasih wahai guru,
Mendidik aku sampai hari ini.

Aku bukan cikgu,
Aku hanya pencari rezeki,
Setiap bulan ada pelajar baru,
Nak melakukan anjakan diri.

Aku bukan cikgu,
Tapi nak jadi insan serba-boleh,
Aku ni hebat dari dulu,
Melahirkan generasi insan soleh.



Aku bukan cikgu,
Aku hanyalah seorang pemberi,
Semua murid termangu-mangu,
Bila nak jawab peperiksaan esok pagi.


Aku bukanlah seorang cikgu,
Aku nak jadi seorang yang tabah,
Datanglah sini tanpa ragu-ragu,
Manalah tahu kalau-kalau berubah.

Aku bukan cikgu,
Aku hanya seorang lelaki,
Aku nak buat semua terpaku,
Akan kebolehan yang ALLAH bagi.

08 May 2012

BULAN MEI 2012


ALHAMDULILLAH
Syukur ya ALLAH..

Kita telah mencapai 5 bulan pertama dalam tahun Mei 2012.
Cuba senaraikan aktiviti KELAS TUISYEN CIKGU WAN pada bulan ini ?

1)sudah pasti sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2012

2)hari Pekerja pada 1 Mei 2012(cuti tapi bukan di kelas tuisyen)

3)Peperiksaan Pertengahan Tahun pada minggu kedua,ketiga dan keempat.

4)Sudah semestinya cuti penggal.


Tapi pada bulan Mei ini KELAS TUISYEN CIKGU WAN lebih sibuk dari biasa!

1)Kemasukan mendadak pelajar tahun 3,4 dan pelajar tingkatan 3
+ pelajar perempuan tahun 3
+ kemasukan 2 orang pelajar pertama TAHUN 4,SYABAS!
+ pertambahan pelajar tingkatan 3(lelaki & perempuan)

2)Suasana kelas tuisyen yang mesra persekitaran dan semestinya mesra pelajar.
*meja dan poster terbaru !

3)tarif baru yuran :

tahun 1,2,3 : RM 10 SEORANG
: 2 SUBJEK (ENGLISH & MATH)

Tahun 4 & 5 : RM 10 bagi 1 subjek
Tahun 6 : RM 15(SEBULAN-3 subjek)


Tingkatan 3 : RM 15 SATU SUBJEK
Subjek ditawarkan : Matematik dan Sains sahaja.

Tingkatan 5 : RM 20 SATU SUBJEK
Subjek DITAWARKAN : Matematik
Matematik Tambahan
Bahasa Inggeris
Sains
Ekonomi Asas
Fizik
Kimia
Biologi


4) jamuan BBQ pada 31 MEI 2012(yum,yum....slurp..)


Sekian,terima kasih..
Wassalam

25 April 2012

MUHASABAH BULAN MAC & APRIL 2012

Syukur Alhamdulillah.. Pada kesempatan ini bagi kami KELAS TUISYEN CIKGU WAN, mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pelajar yang banyak memberi komitmen untuk "berubah".

Rumusan bulan MAC

1)Kemasukan pelajar tingkatan 3 & 5 secara mendadak.Mereka datang dalam keaadaan seribu harapan untuk berani berubah.Walaupun lokasi kelas tuisyen ini jauh dalam kawasan kediaman,mereka tetap datang untuk "berani berubah".

2)Terdapat beberapa jadual waktu pelajar yang terpaksa ditunda oleh sebab pelbagai faktor. Syabas dan tahniah dari kami,



KELAS TUISYEN CIKGU WAN

RUMUSAN BULAN APRIL ?

Kadang-kadang bagi pihak kelas tuisyen memohon seribu kemaafan kerana terpaksa menyuruh pelajar pulang apabila keadaan langit yang tidak menceriakan. Pihak kami amat mengutamakan faktor keselamatan pelajar.

Strategi: Cikgu Wan pergi ke rumah pelajar untuk mengajar mereka!Hebat!

Sebahagian besar semua sukatan sudah Cikgu Wan telah ajari.Kalau untuk mencapai gred yang bagus,boleh saja!

Cikgu WAN banyak menemui kesukaran dalam mengajar ENGLISH kepada pelajar tahap 1.

Dengan telatah semulajadi mereka yang amat ganas baik membuatkan cikgu berasa tercabar.
Sekian...

21 February 2012

FEBRUARI 2012

2010-FEBRUARI

Kami mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pelajar yang masih setia menggunakan khidmat tuisyen kami.Syabas dari KELAS TUISYEN CIKGU WAN.Tanpa unsur paksaan sekalipun,anda masih mampu menghadiri sesi kelas tuisyen dengan perasaan ghairah terhadap kejayaan yang bakal dikecapi.

Bagi perancangan bulan FEBRUARI:

1)Selamat datang kepada semua pelajar baru yang mendaftar.Anda kini sebahaggian keluarga KELAS TUISYEN CIKGU WAN.

2)Jamuan penghargaan pada 24 Februari 2012(JUMAAT)

3)Setengah kelas terpaksa ditunda oleh sebab masalah bencana alam.Gambar ini hanya gambaran sahaja(dipetik dari GOOGLE IMAGES).Bukan menggambarkan perihal sebenar di KELAS TUISYEN CIKGU WAN.

Kepada semua bakal pelajar,usah tunggu lagi!!!
Daftarlah hari ini..

Sekian,terima kasih !

KELAS TUISYEN CIKGU WAN
"generasi terhebat lahir di sini"

15 January 2012

SELAMAT DATANG 2012

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

BULAN JANUARI 2012

1)Pelajar mula mendaftar
2)Semuanya telah dikemaskini dari segala pengurusan jadual dan penyelarasan yuran
3)nama CIKGU WAN'S HOME TUITION telah ditukar kepada KELAS TUISYEN CIKGU WAN.
4)Teknik pengajaran dan pembelajaran yang baru untuk memantapkan pencap[aian pelajar pada tahun ini